Tuesday, February 19, 2013

Allah di sebalik Segalanya

Jalan utk aku sambung belajar medic dah terbentang.
Dgn result A-level yg Allah bagi,
aku telah memenuhi syarat utk sambung medic di India bulan depan.
Alhamdulillah.
Sekarang aku hanya tunggu masa utk menjejakkan kaki di bumi India,
berjuang di sana.
Alhamdulillah.
Allah mudahkan uruskanku utk ke sana.
Dan aku yakin ini yg terbaik.

Tapi.

Tiba-tiba, utk satu jangka waktu, aku down.
Memikirkan segala cabaran yg bakal aku hadapi sbgai pelajar MBBS.
Aku risau utk survive first year kat sana, yg mmg sedia maklum mmg stressfull n tough.
Tiba-tiba aku jd tak tentu arah.
"Betol ke aku nak buat medic ni"
"Medic dgr cerita susah"
"Aku ni bukanlah pelajar cemerlang, biasa2 je"

Pastu aku terbaca pula sebuah post dari blog yg terkenal,
mengenai Duktur n Futur.
Lagilah aku down.
Tapi bila baca baca komen2 bawah tu, aku lega sikit.

Aku risau dgn diri sendiri,
haihhh, belum belajar lg dah down.
Mana boleh! Takkan nak berundur!
Biasiswa dah dpt, A-level pon dah lepas,
aku cuma tinggal masuk melangkah ke universiti tu je.
Inilah impian aku.
Takkan aku nak mengalah!
Mana boleh! Apa kess?!!

Harapan dari orang terdekat pon tersangatlah tinggi menggunung.

Ya, aku cuba naikkan semangat aku.
Mana perginya semangat aku yg dulu..
Tp tulah hakikatnya.
Aku down. Perasaan ku tak tentu arah. Tak tenang.

Pada suatu tengahari, aku nangis.
Aku fikir balik.
Kenapa aku macam ni.

...

Subhanallah. Allah Maha Hebat.
Tak lama selepas aku nangis yg tersangatlah down,
waktu zohor pun tiba.

Dengan hanya Solat Zohor 4 rakaat, Sunat Taubat 2 rakaat,
hatiku sembuh.
Aku dah ok.
Aku dah kembali.
Ya Allah seronoknya tak terkata!

Allah sembuhkan hatiku dgn hanya beberapa rakaat solat yg 'berisi',
setelah lama solat ku 'kering'.

Perasaan down  aku membuatkan aku terfikir;

-Kenapa aku nak risau mengenai jalan yg aku ambil ni,,,
Allah yg Maha Mengetahui yg buka jalan medic ni utk aku, follow the flow jelah. Tentu ada sesuatu yg menunggu ku di jalan ni, Allah dah tetapkan. Aku yakin.

-Kenapa aku nak sedih,,,
Allah yg Maha Penyayang kan sentiasa bersama hambanya, sentiasa bersama aku.

-Kenapa nak takut Medic susah,,,
Medic tu Allah yg ciptakan, aku akan belajar perkara yg Allah cipta. Ya, Allah yg cipta.
Dia Maha berkuasa boleh menjadikan sesuatu itu senang. Mintalah Allah permudahkan.
Lagipun mmg patutlah ianya susah, dah kata Allah, Tuhan semesta alam yg ciptakan, takkanlah benda tu senang. Betol tak? ;)

-Kenapa aku nak risau yg aku seorang pelajar yg biasa2, taklah excellent mana,,,
sedangkan Allah yg bagi aku kemampuan. :)

-Kenapa aku nak risau yg kat universiti nnt, ada tak kawan yg baik yg sudi tolong aku kalau aku tak faham, mcm kawan2 semasa A-level?
Padahal, sekali lagi, Allah sentiasa bersama aku. Dan Allah berkuasa menghantarkan bantuan dlm pelbagai bentuk. Dan sesungguhnya kawan tu pon Allah yg hantar.

-Kenapa aku nak sedih sebab diserang perasaan down ni tiba2,,,
sedangkan Allah yg memberikan perasaan ni kepada aku. Tentu ada hikmahnya.

Rupa-rupanya Allah nak panggil aku semula setelah lama aku tersasar.
Allah panggil aku balik setelah lama aku lupa yg Allah di ATAS segala sesuatu.
Allah tanamkan keyakinan dalam diriku, yg Allah lah di sebalik segalanya.
Allah sudi tarikku kembali, setelah byk dosa yg aku lakukan dlm jahiliyyah.
Allah pilih aku.
Allah. Alhamdulillah.
Allah alirkan semula air mata ku, dlm doaku setelah lama ia kering.

dan sesungguhnya kpd Tuhan-mulah kesudahannya (segala sesuatu)
dan sesungguhnya Dia-lah yg menjadikan org tertawa dan menangis
[an-Najm, 42-43]


Kini semangatku utk bergelak doktor dah kembali.
Aku perlu buka mata semua org dgn gelaran doktor-ku.
Akan ku contohi Ibnu Sina.
Tanggungjawab abid dan khalifah.

Kerja doktor tak mulia pun melainkan kerja itu dijadikan ibadah.
InsyaAllah, Allah yg akan muliakan kita yg bergelar doktor.

Dan kemudian Allah hantar nasihat-nasihat drpd manusia di sekeliling ku:

Ukhti: "Jgn tinggal qiam, sbb kalau tinggal, kita akan betul2 lemah. Tidur la atau rehat la byk mana pun, tp berbeza kan kekuatan kalau qiam ke tak"

Cikgu: "Fikirlah, kalau org lain boleh buat, kenapa kita tak"
"Allah akan bagi kekuatan tu dari pelbagai sudut"

Ya, kita akan kuat, bila kita bergantung kepada yg MAHA KUAT. :')




2 comments:

  1. All the best adik yang tabah... Ana doakan agar semuanya berjalan dengan lancar, dipermudahkan Allah =)

    ReplyDelete