Sunday, December 16, 2012

Love Letters

"Jo, aku ni suka membaca. Hari-hari aku membaca beb. aku baca novel, majalah, komik. Status orang kat fb and twitter lagi lah aku rajin baca. haha"

"Wah! Quran kau dah baca? :D "

"...er...mengaji eh..."

...krik krik krik...


Jom! Hiasi hati kita dengan kalam Allah.
Al-Quran ni ayat cinta dari Allah, untuk seluruh umat manusia. Untuk kita. Ya! Untuk anda jugak!
#excited tak, \(^o^)/

Allah is the Author of the Holy Quran. Kata-kata dari Tuhan tu weh! daripada yang Maha Hebat, Maha Pencipta! Maha semuanya! So takkan kita nak lepaskan! ;)


Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (
Riwayat Tarmizi)






Tapi ingat! Jangan sekadar baca yang arab je, unless you're already master in this language.  Baca terjemahannya. Fahami apa yang Allah sampaikan. Jadikan Quran tu sahabat di mana jua. ;)


Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)


p/s: Jangan biarkan Al-Quran yang mulia ni menjadi sekadar perhiasan kat bilik, kat almari n dibalut dgn habuk yang tebal.
:'(

No comments:

Post a Comment