Thursday, March 7, 2013

Hope

So, for this entry, i would tell you readers about my "train" story. :D

Train? what the,, apa kaitan dgn Hope??!

Haha. Sabar eh. That's why you must read this entry until the end.
I have so many memories and stories at KTM station.
but here, i will only share with you 2 of my lettest train stories.

#TRAIN STORY 1

At that time, I was hurrying to get the train. yeah. i want to go back early.
As i bought the ticket, i heard the 'train sound' coming nearer
n the train is already at the platform, waiting for people to come in.
So, apalagi,,, i ran as fast as i can, ran between the people there, down the stairs, as long as i got into the train. Please, i dont want to wait for another 30 minutes for the next train T_T

But then,

tit tit tit

i heard the train signal, telling me that the door is closing.
i was like,,,

NOOOOOOOO.....
Haha. mcm klaka pulak. ok sambung.

but i dont care. i still want to get in! haha

so as the door is closing, i already stepped in front of the door.
i grab the door with both of my hands, and my right leg was already stepped in, as i was trying to not let it to close.

like this:



haha. tp tak sakit pon. sy pakai sluar jeans tebal.

Can you imagine??
How shock the makcik-makcik n pakcik-pakcik inside???

"Opocot nak, tersepit tu haaaa!!!"
"Alamak, ALAMAK!"
"Ya Allah budak ni!"
"Tersepit dik Oiii!"


Haha. Fortunately, no one is suffering from heart disease. haiihh. -__-"
habislah aku kalau ada yg lemah jantung....

As the door detector detected something (my hands n leg) at the door, the door was opening again.
So i entered the train with a smile. like nothing happened. Padahal jantung berdegup kencang oi~ haha
(kesian kat orang2 yg terkejut tu. :p )

Yeah! I manage to enter the TRAIN!!!! :D :D :D
but please dont try this. I WARN you! this is a danger action.

#TRAIN STORY 2

Ok this time, i was with my friend, Miss Y.
We were going to have train to go back home.
As we arrived at KL Sentral, we heard an announcement.

"Train ke Seremban akan tiba di Platform 6 sebentar lg"

I was...WHAT?! arriving already?! aaaaa!!!
both of us ran. buying the ticket, and get the train!
all of this happen within a short period. very fast...really..
people around us look at us strangely...
maybe they're thinking: "pehal budak ni, sorang budak kecik, sorang berjubah"
yeah,,,we ran. we dont want to wait for another 30 minutes. it's boringggg...

But again,,,

tit tit tit


it's closing!

TIDAKKKK!!

This time the door is closing. and finally it's closed!
I knock the door with a kesian face. (mcmlah train tu ada perasaan kesian nak bukak balik)
Pakcik train wearing a blue cap blew his wistle.
PIIIIFFTTTTT!!!!!!! he warned me.


Yelah, mestilah kena marah. bahayalah kau tau!!! jauhi train! train nak jalan dah tu!
ok kawan2. please dont try this. bahaya. and i dont know why i've done this.
lain kali tanak buat dah.
ok, continue.

I was so sad. no hope to go back early.
just wait for another train. :'(





but then Miss Y approached from my back and push the button on the train's door.
The door was open. yeah! its opening! i can't believe it!

"Awak, tekan butang tu la"
"Wah, sy tak tau pon boleh tekan butang tu" =..='


And we enter the train. Alhamdulillah.




That's the end of my story.

But HEY! Apa kaitan cerita ni dgn tajuk entry ni??!


Haha. Ok. I'm telling you. :)

What i'm trying to say is,,,,
for everything that come up to your life,
don't give up easily.
like my 1st story,
"DONT STOP AT THE TOP, TOUCH THE SKY BEFORE YOU DROP"
walaupun harapan sgt tipis, kalau kita usaha ke akhirnya, insyaAllah, ada jalan.

And for my 2nd story,
Wether its seems like no hope anymore, even the door is already closed, even you are super-duper depressed,,,
NEVER give up!
because there's still and must have the way out.
Hehe. like my story.
sy rasa mcm dah takda harapan dah.
tp peluang tu muncul dari arah yg tak disangka-sangka.
dan rupa-rupanya kuncinya ada, dan sy je yg tak tau :)

"... sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang yang kafir..."
[12:87]

"...dan bersabarlah menunggu ketetapan Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau berada dalam pengawasan kami..."
[52:48]

HAVE FAITH IN ALLAH, and He will shed your tears :)

Tuesday, February 19, 2013

Kalamullah

[Quran, 7:168]
Dan kami uji mereka dgn (nikmat) yg baik2 (bencana) yg buruk2, agar mereka kembali kpd kebenaran.

[40:60]
... "berdoalah kpd-Ku, nescaya Aku akan perkenankan bagimu. Sesungguhnya org2 yg sombong tidak mahu menyembah-Ku akan msuk neraka Jahanam dlm keadaan hina dina."

[23:29]
Dan berdoalah, "Ya Tuhanku, tempatkanlah aku pd tmpat yg diberkahi, dan Engkau adalah sebaik-baik pemberi tempat."

[21:90]
Maka Kami kabulkan doanya ...
Sungguh, mereka selalu bersegera dlm (mengerjakan) kebaikan, dan mereka berdoa kpd Kami dgn penuh harap dan cemas. Dan mereka org2 yg khusyuk kpd Kami.

[77:23]
lalu Kami tentukan, maka (Kami-lah) sebaik-baik yg menentukan.

[65:3]
dan Dia memberi rezeki dari arah yg tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kpd Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.

[14:7] 
Dan (igtlah) ketika Tuhan-mu memaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azabku sgt berat."

Nikmat.
Ujian.
Kaitkan kronologi ayat2 ini dgn kehidupan anda.
Lain orang, lain ceritanya.
Hebatnya ayat2 Allah, lain waktu kita baca, lain perasaan Allah hadiahkan.
Ayat2 Allah sentiasa baru.
:)

Allah di sebalik Segalanya

Jalan utk aku sambung belajar medic dah terbentang.
Dgn result A-level yg Allah bagi,
aku telah memenuhi syarat utk sambung medic di India bulan depan.
Alhamdulillah.
Sekarang aku hanya tunggu masa utk menjejakkan kaki di bumi India,
berjuang di sana.
Alhamdulillah.
Allah mudahkan uruskanku utk ke sana.
Dan aku yakin ini yg terbaik.

Tapi.

Tiba-tiba, utk satu jangka waktu, aku down.
Memikirkan segala cabaran yg bakal aku hadapi sbgai pelajar MBBS.
Aku risau utk survive first year kat sana, yg mmg sedia maklum mmg stressfull n tough.
Tiba-tiba aku jd tak tentu arah.
"Betol ke aku nak buat medic ni"
"Medic dgr cerita susah"
"Aku ni bukanlah pelajar cemerlang, biasa2 je"

Pastu aku terbaca pula sebuah post dari blog yg terkenal,
mengenai Duktur n Futur.
Lagilah aku down.
Tapi bila baca baca komen2 bawah tu, aku lega sikit.

Aku risau dgn diri sendiri,
haihhh, belum belajar lg dah down.
Mana boleh! Takkan nak berundur!
Biasiswa dah dpt, A-level pon dah lepas,
aku cuma tinggal masuk melangkah ke universiti tu je.
Inilah impian aku.
Takkan aku nak mengalah!
Mana boleh! Apa kess?!!

Harapan dari orang terdekat pon tersangatlah tinggi menggunung.

Ya, aku cuba naikkan semangat aku.
Mana perginya semangat aku yg dulu..
Tp tulah hakikatnya.
Aku down. Perasaan ku tak tentu arah. Tak tenang.

Pada suatu tengahari, aku nangis.
Aku fikir balik.
Kenapa aku macam ni.

...

Subhanallah. Allah Maha Hebat.
Tak lama selepas aku nangis yg tersangatlah down,
waktu zohor pun tiba.

Dengan hanya Solat Zohor 4 rakaat, Sunat Taubat 2 rakaat,
hatiku sembuh.
Aku dah ok.
Aku dah kembali.
Ya Allah seronoknya tak terkata!

Allah sembuhkan hatiku dgn hanya beberapa rakaat solat yg 'berisi',
setelah lama solat ku 'kering'.

Perasaan down  aku membuatkan aku terfikir;

-Kenapa aku nak risau mengenai jalan yg aku ambil ni,,,
Allah yg Maha Mengetahui yg buka jalan medic ni utk aku, follow the flow jelah. Tentu ada sesuatu yg menunggu ku di jalan ni, Allah dah tetapkan. Aku yakin.

-Kenapa aku nak sedih,,,
Allah yg Maha Penyayang kan sentiasa bersama hambanya, sentiasa bersama aku.

-Kenapa nak takut Medic susah,,,
Medic tu Allah yg ciptakan, aku akan belajar perkara yg Allah cipta. Ya, Allah yg cipta.
Dia Maha berkuasa boleh menjadikan sesuatu itu senang. Mintalah Allah permudahkan.
Lagipun mmg patutlah ianya susah, dah kata Allah, Tuhan semesta alam yg ciptakan, takkanlah benda tu senang. Betol tak? ;)

-Kenapa aku nak risau yg aku seorang pelajar yg biasa2, taklah excellent mana,,,
sedangkan Allah yg bagi aku kemampuan. :)

-Kenapa aku nak risau yg kat universiti nnt, ada tak kawan yg baik yg sudi tolong aku kalau aku tak faham, mcm kawan2 semasa A-level?
Padahal, sekali lagi, Allah sentiasa bersama aku. Dan Allah berkuasa menghantarkan bantuan dlm pelbagai bentuk. Dan sesungguhnya kawan tu pon Allah yg hantar.

-Kenapa aku nak sedih sebab diserang perasaan down ni tiba2,,,
sedangkan Allah yg memberikan perasaan ni kepada aku. Tentu ada hikmahnya.

Rupa-rupanya Allah nak panggil aku semula setelah lama aku tersasar.
Allah panggil aku balik setelah lama aku lupa yg Allah di ATAS segala sesuatu.
Allah tanamkan keyakinan dalam diriku, yg Allah lah di sebalik segalanya.
Allah sudi tarikku kembali, setelah byk dosa yg aku lakukan dlm jahiliyyah.
Allah pilih aku.
Allah. Alhamdulillah.
Allah alirkan semula air mata ku, dlm doaku setelah lama ia kering.

dan sesungguhnya kpd Tuhan-mulah kesudahannya (segala sesuatu)
dan sesungguhnya Dia-lah yg menjadikan org tertawa dan menangis
[an-Najm, 42-43]


Kini semangatku utk bergelak doktor dah kembali.
Aku perlu buka mata semua org dgn gelaran doktor-ku.
Akan ku contohi Ibnu Sina.
Tanggungjawab abid dan khalifah.

Kerja doktor tak mulia pun melainkan kerja itu dijadikan ibadah.
InsyaAllah, Allah yg akan muliakan kita yg bergelar doktor.

Dan kemudian Allah hantar nasihat-nasihat drpd manusia di sekeliling ku:

Ukhti: "Jgn tinggal qiam, sbb kalau tinggal, kita akan betul2 lemah. Tidur la atau rehat la byk mana pun, tp berbeza kan kekuatan kalau qiam ke tak"

Cikgu: "Fikirlah, kalau org lain boleh buat, kenapa kita tak"
"Allah akan bagi kekuatan tu dari pelbagai sudut"

Ya, kita akan kuat, bila kita bergantung kepada yg MAHA KUAT. :')




Tuesday, February 12, 2013

Bersama Kesulitan ada Kesenangan


Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, 
sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.
(Al-Insyirah:5-6)

Tiba-tiba aku terpanggil untuk menaip. Jari terasa ringan.

Aku teringat kehidupan A-level aku selama satu setengah tahun.
Bagi aku sendiri, it's tough.
Aku bukan seorang yg genius, bukanlah rajin sangat, tidak berapa kenal apa itu 'struggle'.
Dari alam sekolah, beralih ke alam A-level, aku jumpa byk cabaran dlm study. Kalau dulu study last minute boleh memberikan aku A, tapi sekarang tak. Cara study kena ubah.

Result aku dah tak secantik zaman sekolah. Semua 'grade' aku dah rasa, even fail sekalipun.
Banyak kali aku down. Pastu up balik. Pastu down.
Up.
Down.

Aku selalu menangis dalam hati. Meraung. Tak kurang jgk tangisan yg dikeluarkan. Rasa perit. Susah.

Tapi dalam keadaan susah ini, Allah yg Maha Pengasih, Maha Penyanyang, lagi Maha Penyantun, hantar aku dengan pelbagai kemudahan.

Allah hantarkan bantuan.
Allah buka jalan untuk aku lebih mengenal-Nya.
Allah ajar aku. Didik aku. Tarbiyyah aku dari mcm2 sudut.
Allah buka mataku untuk aku celik memikirkan ibrah sesuatu kejadian.
Allah hantarkan sahabat.
Allah kenalkan aku dengan Ukhuwwah.

Ya. Mereka.

Mereka ada ketika aku gembira.
Ketika aku sedih.
Mereka beri aku semangat.
Ayat-ayat-Mu menjadi mediumnya.
Again.
Allah mengingatkan aku kepada-Nya.

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesugguhnya Aku dekat...


(Al-Baqarah:186)

Dan sungguh, Kami telah Menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.
(Qaf:16)

Kini akan ku melangkah ke alam universiti.
Ku harapkan akan ada sahabat seperti kalian.
Menyokongku dari belakang, walaupun kalian tidak sedar.
Kerana kalian Allah hantar kepadaku untuk mentarbiyah aku, dan begitu juga sebaliknya.
Fi Jannati Zumara.

Aku yakin semuanya dari Allah, yang mengatur hidupku.

Dan aku yakin.
Semestinya, Allah bersamaku.
Innallaha ma'ana.

Sunday, December 16, 2012

Love Letters

"Jo, aku ni suka membaca. Hari-hari aku membaca beb. aku baca novel, majalah, komik. Status orang kat fb and twitter lagi lah aku rajin baca. haha"

"Wah! Quran kau dah baca? :D "

"...er...mengaji eh..."

...krik krik krik...


Jom! Hiasi hati kita dengan kalam Allah.
Al-Quran ni ayat cinta dari Allah, untuk seluruh umat manusia. Untuk kita. Ya! Untuk anda jugak!
#excited tak, \(^o^)/

Allah is the Author of the Holy Quran. Kata-kata dari Tuhan tu weh! daripada yang Maha Hebat, Maha Pencipta! Maha semuanya! So takkan kita nak lepaskan! ;)


Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (
Riwayat Tarmizi)






Tapi ingat! Jangan sekadar baca yang arab je, unless you're already master in this language.  Baca terjemahannya. Fahami apa yang Allah sampaikan. Jadikan Quran tu sahabat di mana jua. ;)


Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)


p/s: Jangan biarkan Al-Quran yang mulia ni menjadi sekadar perhiasan kat bilik, kat almari n dibalut dgn habuk yang tebal.
:'(

Solat on time jom!

#kisah 1:
"uish, drama dah nak start! cepat bukak tv! jgn lmbt!"
"tak sabarnya nak pukul 11, habis kelas, balik rmh, online! yeah"
"...ting! (bunyi microwave). yey! makanan siap! tak sia2 tunggu 5 minit!"

#kisah 2:
"uish, jap lagi masuk waktu. jom ready untuk solat. kenalah on time. oyeah"
"tak sabarnya nak tunggu asar. nak jumpa Allah lagi. hihi"
"alhamdulillah. settle solat. 5 minit je pun. yo! semangat nak sambung kerja!"


-kalau kita boleh bersikap macam #kisah 1, kenapa untuk #kisah 2 kita tak boleh? kita slalu bagi macam2 alasan. kan?

ARE YOU READY?

‎"nervous nye aku nak g interview!"
tp nervouskah anda utk interview dgn munkar & nakir?

"cuak weh nnt dia nilai aku mcm2.."
tp sedarkah, anda sentiasa di nilai oleh yg Maha Esa?

"takutnye nak exam!"
tp takutkah anda dgn exam neraca, timbangan amalan kiri & kanan?

"runsing2.. mana aku nk study, nk tinggal, nk makan" 
tp runsingkah, syurga @ neraka tmpt tggal anda yg selamanya?

"aku tau aku buat ni salah, tp, xpelah, sikit je pun..nnt taubat ah"
pastikah anda, 2 jam akan dtg, anda masih hidup?
ARE YOU READY?



Ask this questions to yourself. please. THINK. T_T